Wednesday, December 19, 2018

PAIP RUMAH ANDA

Sebagai kontrktor yang boleh melakukan kerja-kerja pempaipan, kami telah mempelajari dan memahami mengenai sistem pempaipan di rumah. Maka, pada hari ini, kami akan berkongsi sedikit sebanyak pengatahuan mengenai sistem pempaiapn dan apa yang kami boleh lakukan untuk menyelesaikan masalah anda. Secara umumnya, sistem pempaipan di rumah boleh dibahagiakan kepada dua, iaitu;

a) Secara Terus

     Membekalkan air secara terus tanpa melalui tangki simpanan air dari paip perkhidmatan kelengkapan pempaipan di dalam rumah terutamanya pili dapur dan pili bilik air.

b) Secara Tidak Terus

     Membekalkan air dari meter air melalui paip perkhidmatan ke tangki air simpanan dan seterusnya ke pelbagai kelangkapan perpaipan di dalam rumah seperti tandas, bilik mandi dan pili air. Sistem pempaipan ini mempunyai paip termasuklah jenis perhubungan, agihan, cuci, limpah, perkhidmatan dan sebagainya. Setiap jenis paip ini mempunyai fungsi yang berbeza.

          Gambar 1: Sistem pempaipan 
(Sumber: Google)

     Selalunya, pihak pelanggan akan mempunyai masalah seperti tekanan air kurang laju sehingga menyebabkan air menjadi perlahan, tangki yang bermasalah sehingga perlu ditukar dan lain-lain lagi. Berikut merupakan antara perkhidmatan lain yang kami jalankan selain melakukan pemeriksaan kebocoran di kawasan rumah anda sekiranya pihak kami diperlukan;


Gambar 2: Membuka tangki lama dan menggantikannya dengan tangki baru.


Gambar 3: Membaikpulih pam air yang rosak.


Gambar 4: Menjalankan kerja-kerja seperti paip dapur yang tersumbat.

     Lazminya, apabila berlaku masalah pada sistem pempaipan, pembaziran air juga akan terjadi. Justeru itu, bagi mengelakkan pembaziran air dan kehilangan wang yang lebih besar, adalah penting untuk menjaga sistem pempaipan rumah serta membaikinya secepat mungkin sekiranya berlaku permasalahan. Jadi sekiranya anda mempunyai masalah sistem pempaipan dan berada berdekatan kawasan NILAI DAN SEPANG, anda boleh terus sahaja mendapatkan bantuan perkhidmatan dari kami dengan terus berhubung melalui Facebook ataupun PM kami di pautan yang disediakan.

    

No comments:

Post a Comment