Wednesday, December 19, 2018

UBAHSUAI RUMAH, SEKALI ...

Baru-baru ini, pihak kami ada menjalankan perkhidmatan membaikpulih sebuah rumah tersebut yang runtuh setelah beberapa bulan siap diubahsuai. Hampir seluruh kawasan ruang tamu rumah musnah disebabkan oleh sikap kontraktor yang lepas tangan begini. Berikut merupakan sebahagian gambar rumah yang runtuh itu.



Gambar 1: Bahagian hadapan rumah.



Gambar 2: Bahagian tepi rumah.



Gambar 3: Gambar dari kawasan pagar.

     Bukan ini sahaja masalah yang anda bakal hadapi sekiranya tersalah pilih kontaktor, malahan anda juga akan berkumungkinan berhadapan dengan situasi-situasi seprti berikut;

a) Anda BAYAR LEBIH kerana sebut harga yang ditawarkan tidak terperinci dan susah untuk difahami.

b) Anda MENUNGGU TERLALU LAMA kerana tempoh masa penyiapan tidak diketahui @ dipatuhi.

c) Anda mendapat HASIL YANG KURANG MEMUASKAN kerana cadangan gambar ataupun hasil akhir kawasan tidak disediakan @ diketahui.

d) Projek pengubahsuaian rumah anda TERBENGKALAI kerana kontraktor tidak berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

e) Anda mempunyai MASALAH BERKAITAN PIHAK BERKUASA di kemudian hari kerana pihak kontraktor gagal menguruskan hal-hal seperti permit dan kelulusan dari Majlis Perbandaran.

f) KONTRAKTOR LARI kerana tiada perjanjian di antara anda (pemilik rumah) dan pihak kontraktor.

g) Anda terpaksa BERBELANJA LAGI DAN LAGI JIKA BERLAKU KEROSAKKAN SELEPAS PENGUBAHSUAIAN kerana tiada jaminan susulan selepas projek disiapkan.

h) Anda SUSAH BERURUSAN @ BERBINCANG dengan kontraktor kerana pihaknya tidak mempunyai alamat tetap.

Jadi, pilihlah kontraktor anda dengan cermat. Di AMDPRO ENGINEERING SDN. BHD., kami menawarkan PERKHIDMATAN MENGUBAHSUAI RUMAH bersesuaian dengan kehendak, ekonomi dan kepuasan anda di sekitar NILAI DAN KAWASAN BERDEKATAN. Jangan risau, jangan khuatir kerana pihak kami menyediakan;

a) lawatan ke rumah anda (SECARA PERCUMA)

b) lukisan pelan dan rekaan 3 Dimensi (3D) (SECARA PERCUMA)


Gambar 4: Contoh rekaan dalaman yang pihak kami akan sediakan.


c) jaminan susulan selepas kerja-kerja siap dijalankan

d) bantuan berurusan dengan Majlis Perbandaran kawasan anda



Sekiranya anda berminat, anda boleh terus berhubung dengan kami di melalui pautan "PM Kami" di atas. Dan sekiranya anda berminat untuk mengetahui hasil kerja kami, anda boleh tekan Facebook kami di atas. Terima kasihh ...

PAIP RUMAH ANDA

Sebagai kontrktor yang boleh melakukan kerja-kerja pempaipan, kami telah mempelajari dan memahami mengenai sistem pempaipan di rumah. Maka, pada hari ini, kami akan berkongsi sedikit sebanyak pengatahuan mengenai sistem pempaiapn dan apa yang kami boleh lakukan untuk menyelesaikan masalah anda. Secara umumnya, sistem pempaipan di rumah boleh dibahagiakan kepada dua, iaitu;

a) Secara Terus

     Membekalkan air secara terus tanpa melalui tangki simpanan air dari paip perkhidmatan kelengkapan pempaipan di dalam rumah terutamanya pili dapur dan pili bilik air.

b) Secara Tidak Terus

     Membekalkan air dari meter air melalui paip perkhidmatan ke tangki air simpanan dan seterusnya ke pelbagai kelangkapan perpaipan di dalam rumah seperti tandas, bilik mandi dan pili air. Sistem pempaipan ini mempunyai paip termasuklah jenis perhubungan, agihan, cuci, limpah, perkhidmatan dan sebagainya. Setiap jenis paip ini mempunyai fungsi yang berbeza.

          Gambar 1: Sistem pempaipan 
(Sumber: Google)

     Selalunya, pihak pelanggan akan mempunyai masalah seperti tekanan air kurang laju sehingga menyebabkan air menjadi perlahan, tangki yang bermasalah sehingga perlu ditukar dan lain-lain lagi. Berikut merupakan antara perkhidmatan lain yang kami jalankan selain melakukan pemeriksaan kebocoran di kawasan rumah anda sekiranya pihak kami diperlukan;


Gambar 2: Membuka tangki lama dan menggantikannya dengan tangki baru.


Gambar 3: Membaikpulih pam air yang rosak.


Gambar 4: Menjalankan kerja-kerja seperti paip dapur yang tersumbat.

     Lazminya, apabila berlaku masalah pada sistem pempaipan, pembaziran air juga akan terjadi. Justeru itu, bagi mengelakkan pembaziran air dan kehilangan wang yang lebih besar, adalah penting untuk menjaga sistem pempaipan rumah serta membaikinya secepat mungkin sekiranya berlaku permasalahan. Jadi sekiranya anda mempunyai masalah sistem pempaipan dan berada berdekatan kawasan NILAI DAN SEPANG, anda boleh terus sahaja mendapatkan bantuan perkhidmatan dari kami dengan terus berhubung melalui Facebook ataupun PM kami di pautan yang disediakan.

    

KERJA-KERJA BERKAITAN BUMBUNG

Bumbung merupakan antara komponen yang penting dalam aspek pembinaan rumah. Tanpa struktur bumbung yang baik, seisi rumah tidak akan mendapatkan perlindungan yang sempurna dari panas dan hujan seterusnya mengakibatkan lebih banyak masalah seperti hakisan cat di dinding, kekotoran di bahagaian dinding serta kulat di bahagian yang bocor. Oleh sebab itu, pembinaan dan kaedah membaiki semula bumbung perlu menitikberatkan beberapa bahagian penting meliputi kerangka bumbung, kekuda bumbung dan terakhir sekali penutup bumbung. Pemilihan ketiga-tiga bahagian ini wajarlah memenuhi aspek seperti saiz yang diingini serta keadaan sedia ada bangunan, nilai estetika dan kos yang mampu disediakan.


Gambar 1: Kehadiran kulat disebabkan oleh bumbung yang bocor.

    Sebagai sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dalam kerja-kerja pengubahsuaian dan penyelanggaraan bangunan, kami sering berhadapan dengan masalah bumbung bocor disebabkan oleh struktur bumbung yang kurang curam, atap genting yang teralih, tiada pengunaan cat kalis air yang sempurna dan lain-lain lagi. Justeru itu, sebelum melaksanakan sebarang kerja membaikpulih bumbung, adalah sangat penting utnuk mendapatkan khdimat dari kontraktor yang terlantik oleh badan yang terlibat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Malahan, sekiranya perlu, carilah kontraktor yang boleh menyediakan rekaan tiga dimensi (3D) ataupun lukisan pelan di bahagian yang diingini untuk anda bandingkan adakah anda menikmati hasil yang sama seperti yang dijanjikan dan setimpal dengan bayaran yang akan bayar.

    Sebahagian kerja-kerja membaikpulih bumbung yang pernah kami jalankan di sekitar Nilai seperti membina semula bumbung, mengecat menggunakan cat kalis air dan membetulkan semula perabung.


Gambar 2: Pembinaan semula bumbung selepas sapuan cat kalis air dijalankan.


Gambar 3: Keadaan genting yang akan diubahsemula kedudukannya disebabkan teralih.

    Maka, buatlah sedikit kaji selidik sebelum anda memilih mana mana pihak untuk membina mahupun membaiki serta menyelenggara rumah anda. Sekiranya anda berada di sekitar Nilai dan Sepang serta berminat untuk dapatkan perkhidmatan membaiki bumbung rumah anda, anda boleh terus sahaja berhubung dengan pegawai perkhidmatan pelanggan kami di link yang disediakan di sebelah.




DUNIA KONTAKTOR

Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam arena pengubahsuaian rumah, telah bermacam-macam ragam dan tak kurang juga keluh kesah yang kami dengar mengenai perkhidmatan seperti ini. Ada pelanggan yang mahunya lain, tetapi dapat lain keranai tiada rekaan yang disediakan semasa perbincangan. Tak kurang juga, ada pelanggan yang mendapat masalah lain setelah perkhidmatan dijalankan namun dibiarkan sahaja kerana tiada jaminan susulan.

"Kenapa jubin saya tak sama warna dengan yang saya minta hari tu? Saya nak jubin sama warna dengan jubin yang lama. Heshh!"

"Ala, lampu ni tak terang. Hari tu dah cakap dah nak yang terang sikit, bukan malap macam ni. Hurmmm ..."


Maka, untuk mengelakkan berlakunya permasalahan di kemudian hari, terutamanya bagi mereka yang berminat untuk mengubahsuai rumah, kami bawakan kepada anda beberapa tips berguna untuk anda dapatkan rumah idaman anda.


1. Lakukan PEMILIHAN kontraktor yang terbaik melalui bantuan dari;

a) RAKAN-RAKAN MAHUPUN AHLI KELUARGA yang tinggal berdekatan.

b) MEDIA SOSIAL (Facebook atau Blog).

c) HASIL KERJA AKHIR & MAKLUM BALAS daripada pelanggan sebelum.


2. Untuk melakukan PERBANDINGAN di antara senarai kontraktor yang telah dipilih, anda boleh menilai berdasarkan:

a) SEBUT HARGA yang terperinci mengenai servis yang ditawarkan agar anda tidak membayar lebih untuk perkara yang tidak dilakukan.

b) TEMPOH MASA yang diambil bagi menyiapkan perkhidmatan agar tidak menanti terlalu lama.

c) Beberapa CADANGAN GAMBAR @ HASIL AKHIR sama ada berbentuk lukisan pelan mahupun lukisan tiga dimensi (3D) sebagai rujukan untuk perbandingan setelah kerja-kerja dijalankan agar anda mendapatkan apa yang anda mahukan seperti di bawah;



Gambar 1: Keadaan belakang rumah sebelum diubahsuai.



Gambar 2: Sebahagian rekaan bahagian belakang rumah.



 Gambar 3: Keadaan belakang rumah selepas siap dengan cat yang dipilih oleh tuan rumah.


d) Berdaftar di bawah SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) & LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)* untuk megelakkan permaslahan kontraktor hilang sebelum kerja selesai dan sebagainya.

e) Mampu menguruskan hal-hal berkaitan PERMIT & KELULUSAN DARI MAJLIS PERBANDARAN untuk memudahkan anda serta mengurangkan risiko permasalahan di masa hadapan.

f) Penawaran PERJANJIAN DI ANTARA ANDA (PEMILIK RUMAH) & PIHAK KONTRAKTOR untuk memudahkan anda jika berlaku masalah pada masa hadapan.

g) Penawaran JAMINAN SUSULAN selepas projek disiapkan supaya anda tidak perlu membayar lebih sekiranya terdapat masalah atau kejadian yang tidak diingini berlaku setelah servis pengubahsuaian siap dijalankan.

h) Mempunyai ALAMAT TETAP DAN BERADA BERDEKATAN kawasan rumah untuk memudahkan anda berbincang di samping mengurangkan kos yang perlu dibayar.





Di AMDPRO ENGINEERING SDN. BHD., kami menawarkan KESEMUA perkara di atas di sekitar NILAI DAN KAWASAN BERDEKATAN untuk menjamin kepuasan hati pelanggan.,Sekiranya anda berminat, anda boleh terus berhubung dengan kami di melalui pautan "PM Kami" di atas. Dan sekiranya anda berminat untuk mengetahui hasil kerja kami, anda boleh tekan Facebook kami di atas.





*Untuk mengesahkan syarikat kontraktor benar-benar berdaftar di bawah CIDB, anda boleh semak di laman web CIDB.







SELAMAT DATANG

Assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat datang saya ucapkan kepada semua. 

Kami dari AMDPRO ENGIENEERING SDN. BHD. iaitu sebuah syarikat yang mejalankan perkhidmatan mengubahsuai rumah, pempaipan dan pendawaian di sekitar NILAI DAN SEPANG. Tujuan utama blog ini dibuat adalah untuk memudahkan urusan mana - mana pihak yang berada di sekitar kawasan ini untuk mendapatkan perkhidmatan kami.


Gambar 1: Logo syarikat.

Di dalam blog ini, kesemua gambar adalah hak milik syarikat dan mana-mana pihak yang menggunakan mana-mana gambar kami tanpa izin akan diambil tindakan.