Wednesday, December 19, 2018

DUNIA KONTAKTOR

Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam arena pengubahsuaian rumah, telah bermacam-macam ragam dan tak kurang juga keluh kesah yang kami dengar mengenai perkhidmatan seperti ini. Ada pelanggan yang mahunya lain, tetapi dapat lain keranai tiada rekaan yang disediakan semasa perbincangan. Tak kurang juga, ada pelanggan yang mendapat masalah lain setelah perkhidmatan dijalankan namun dibiarkan sahaja kerana tiada jaminan susulan.

"Kenapa jubin saya tak sama warna dengan yang saya minta hari tu? Saya nak jubin sama warna dengan jubin yang lama. Heshh!"

"Ala, lampu ni tak terang. Hari tu dah cakap dah nak yang terang sikit, bukan malap macam ni. Hurmmm ..."


Maka, untuk mengelakkan berlakunya permasalahan di kemudian hari, terutamanya bagi mereka yang berminat untuk mengubahsuai rumah, kami bawakan kepada anda beberapa tips berguna untuk anda dapatkan rumah idaman anda.


1. Lakukan PEMILIHAN kontraktor yang terbaik melalui bantuan dari;

a) RAKAN-RAKAN MAHUPUN AHLI KELUARGA yang tinggal berdekatan.

b) MEDIA SOSIAL (Facebook atau Blog).

c) HASIL KERJA AKHIR & MAKLUM BALAS daripada pelanggan sebelum.


2. Untuk melakukan PERBANDINGAN di antara senarai kontraktor yang telah dipilih, anda boleh menilai berdasarkan:

a) SEBUT HARGA yang terperinci mengenai servis yang ditawarkan agar anda tidak membayar lebih untuk perkara yang tidak dilakukan.

b) TEMPOH MASA yang diambil bagi menyiapkan perkhidmatan agar tidak menanti terlalu lama.

c) Beberapa CADANGAN GAMBAR @ HASIL AKHIR sama ada berbentuk lukisan pelan mahupun lukisan tiga dimensi (3D) sebagai rujukan untuk perbandingan setelah kerja-kerja dijalankan agar anda mendapatkan apa yang anda mahukan seperti di bawah;



Gambar 1: Keadaan belakang rumah sebelum diubahsuai.



Gambar 2: Sebahagian rekaan bahagian belakang rumah.



 Gambar 3: Keadaan belakang rumah selepas siap dengan cat yang dipilih oleh tuan rumah.


d) Berdaftar di bawah SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) & LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)* untuk megelakkan permaslahan kontraktor hilang sebelum kerja selesai dan sebagainya.

e) Mampu menguruskan hal-hal berkaitan PERMIT & KELULUSAN DARI MAJLIS PERBANDARAN untuk memudahkan anda serta mengurangkan risiko permasalahan di masa hadapan.

f) Penawaran PERJANJIAN DI ANTARA ANDA (PEMILIK RUMAH) & PIHAK KONTRAKTOR untuk memudahkan anda jika berlaku masalah pada masa hadapan.

g) Penawaran JAMINAN SUSULAN selepas projek disiapkan supaya anda tidak perlu membayar lebih sekiranya terdapat masalah atau kejadian yang tidak diingini berlaku setelah servis pengubahsuaian siap dijalankan.

h) Mempunyai ALAMAT TETAP DAN BERADA BERDEKATAN kawasan rumah untuk memudahkan anda berbincang di samping mengurangkan kos yang perlu dibayar.





Di AMDPRO ENGINEERING SDN. BHD., kami menawarkan KESEMUA perkara di atas di sekitar NILAI DAN KAWASAN BERDEKATAN untuk menjamin kepuasan hati pelanggan.,Sekiranya anda berminat, anda boleh terus berhubung dengan kami di melalui pautan "PM Kami" di atas. Dan sekiranya anda berminat untuk mengetahui hasil kerja kami, anda boleh tekan Facebook kami di atas.





*Untuk mengesahkan syarikat kontraktor benar-benar berdaftar di bawah CIDB, anda boleh semak di laman web CIDB.







No comments:

Post a Comment